Tuesday 27 January 2015

~ HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2015 ~

12 JANUARI 2015

Sesi persekolahan tahun ini dibuka seminggu lewat dari tarikh yang dijadualkan berikutan isu banjir yang berlaku di negeri Kelantan. Namun begitu, Tadika Sayangku telah mula menjalankan sesi orentasi kepada kanak- kanak pada 5 Januari 2015 bagi ibubapa yang mahu membiasakan anak- anak mereka ke alam persekolahan. dapat dilihat pelbagai ragam anak- anak Sayangku.

Ada di antara anak - anak sayangku yang teruja untuk belajar sehingga tidak mahu pulang. Ada juga anak- anak yang merajuk apabila ditinggalakan oleh ibubapa masing- masing. Ragam- ragam ini adalah biasa bagi kanak- kanak yang baru membiasakan diri dengan alam persekolahan. Para guru telah membuat persediaan aktiviti bagi menyambut kanak- kanak. Antara persediaan tersebut adalah seperti penyediaan `doh` menggunakan tepung, nyanyian dan gerakkan, aktiviti mewarna, bermain lego dan sebagainya. Aktiviti- aktiviti yang di jalankan ini secara tidak langsung akan memberi suasana yang seronok dan selesa kepada anak- anak.

Diharapkan kerjasama yang utuh di antara ibubapa dan guru dapat menghasilkan anak- anak Sayangku yang cemerlang.


p/s  : Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang memberikan amanah kepada kami di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak- anak Sayangku.


GAMBAR- GAMBAR RAGAM ANAK- ANAK 
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
















Monday 29 September 2014

~Lawatan ke Akuarium UMS~

Pada 25 September 2014 yang lalu, tadika Sayangku telah membuat lawaran ke Akuarium UMS. Lawatan ini merupakan lawatan khas untuk kanak -kanak 6 tahun sahaja. Melalui lawatan ini, kanak- kanak dapat merasai pengalaman melihat pelbagai jenis jenis hidupan dasar laut. Keseronokan jelas terpancar di wajah kanak- kanak sayangku. Sebelum pulang ke tadika, kanak- kanak Sayangku sempat berkelah seketika di pantai ODEC, UMS.

P/S   :  Terima kasih diucapkan kepada pihak ibubapa atas kepercayaan dan kebenaran yang diberikan kepada kami dalam melaksanakan lawatan ini.






Tuesday 1 July 2014

BAJU HARI KELUARGA SAYANGKU

BAJU HARI KELUARGA SAYANGKU

Sempena Hari Keluarga Sayangku yang akan diadakan tidak lama lagi, pihak Tadika Sayangku akan membuka jualan baju T-Shirt rasmi bagi hari istimewa tersebut!

Jenis kain : 100% Cotton
Saiz : -XS-XXL (DEWASA)
-28,30,32 (KANAK-KANAK)

Ayuh! Dapatkan T-Shirt anda dan ahli keluarga anda. Belikan juga untuk saudara mara di kampung. Ramai-ramai kita kasi gagar HARI KELUARGA SAYANGKU 2014!

Contoh baju boleh didapati di tadika masing-masing. Untuk sebarang pertanyaan mengenai baju, tempahan mahupun bayaran, bolehlah merujuk kepada pihak kami di Page Tadika Sayangku sendiri ataupun kepada guru-guru Sayangku kita

Tempahan awal bermula sekarang dan akan berakhir pada 15 July 2014.

JUMPA ANDA DI SANA!!!

#TADIKASAYANGKU




Wednesday 25 June 2014

SESI FOTOGRAFI TADIKA SAYANGKU TAMAN WIJAYA (25.6.2014)

Selesai sudah sesi fotografi Tadika Sayangku Taman Wijaya. Sesi fotografi ini merupakan satu daripada aktiviti wajib setiap tahun. Ia hanya melibatkan kanak- kanak yang berumur 6 tahun sahaja. Kanak- kanak kelihatan sangat gembira dan teruja dapat memakai jubah dan topi konvokesyen sewaktu bergambar.

P/s : Ibubapa boleh berhubung dengan pihak pengurusan Sayangku berkaitan dengan pembelian gambar tersebut.


Gambar- gambar sesi fotografi :-








Thursday 12 June 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti harian yang biasa dijalankan pada waktu cuti sekolah seperti mewarna, melukis, bercerita, menonton tv dan bermain lego. Selain itu, kanak- kanak juga diberi penekanan membaca buku 'bacalah anakku' bagi mempercepatkan mereka membaca. 


P/s :
Perkhidmatan ini adalah untuk kanak- kanak yang dihantar setengah hari (8.00 pg - 2.00 ptg) dan penghantaran sehari (8.00 pg - 5.30 ptg).

 

Thursday 5 June 2014

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN SAYANGKU 2014 (27.5.2014)

Pada 27/5/2014 yang lalu, Tadika Sayangku Taman Inanam Laut dan Tadika Sayangku Taman Wijaya telah mengadakan Sambutan Pesta Kaamatan di tadika masing- masing. Acara yang diadakan pada hari tersebut adalah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau. Kanak - kanak Sayangku yang menyertai pertandingan tersebut memakai pakaian kaum kadazan dusun. Kelihatan anak- anak sayangku sporting dan pandai menggayakan pakaian masing- masing.

Sambutan Kaamatan Tadika Sayangku Taman Inanam Laut.






Pemenang Ratu Unduk Ngadau Sayangku Taman Inanam Laut



Sambutan Kaaatan Sayangku Taman Wijaya






Pemenang Unduk Ngadau Tadika Sayangku Taman Wijaya


Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!

Wednesday 21 May 2014

HARI GURU SAYANGKU (16.05.2014)



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru- guru Sayangku. Terima Kasih atas pengorbanan, kesetiaan, kesungguhan dan keikhlasan yang telah dicurahkan kepada anak- anak Sayangku. Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai selain didikan dari guru- guru. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan membawa berkat kepada semua anak- anak Sayangku. Selamat Hari Guru.


Coretan anak- anak Sayangku